Tuesday, 15 April 2014

Persepsi Kita Menjadi Realiti Kita

[Persepsi kita menjadi realiti kita]






Di dalam hidup ini, bagaimana kita lihat sesuatu akan mempengaruhi tahap hidup kita.

Satu puak kata, buat apa nak kaya sangat, biar miskin atau kerja-kerja gila-gila tanpa dapat pendapatan yang gila-gila sebab nanti mati tidak bawa, sedangkan satu puak lagi kata, lebih baik kaya kerana dengan kekayaan kerana dengannya kita boleh membuat banyak kerja-kerja amal, sedekah dan berzakat membantu ramai orang lain.

Itulah namanya persepsi yang akan menjadi realiti seseorang.


Ini adalah contoh untuk amda berfikir. Ramai manusia mindanya dan potensi dirnya sedang "tidur" dek kerana tidak ada mentor, matlamat hidup yang jelas, ilmu yang terbukti berjaya, sistem serta strategi yang berkesan serta niat yang betul untuk membangkitkan tahap hidup serta kewangan mereka. Persepsi mereka ialah, cukuplah apa yang ada.

Kita berusaha, selebihnya kita serahkan kepada Allah.