Wednesday, 21 May 2014

Kesan Simple Words

Betapa besarnya kesan simple words seperti, "Terima Kasih", "Tahniah" dan "Minta Maaf" kepada orang lain yang menerima ucapan berkenaan.
Nampak simple untuk kita yang ucapkan, tapi mungkin besar erti dan kesannya kepada orang yang menerimanya.
Wow.

Tuesday, 15 April 2014

Persepsi Kita Menjadi Realiti Kita

[Persepsi kita menjadi realiti kita]






Di dalam hidup ini, bagaimana kita lihat sesuatu akan mempengaruhi tahap hidup kita.

Satu puak kata, buat apa nak kaya sangat, biar miskin atau kerja-kerja gila-gila tanpa dapat pendapatan yang gila-gila sebab nanti mati tidak bawa, sedangkan satu puak lagi kata, lebih baik kaya kerana dengan kekayaan kerana dengannya kita boleh membuat banyak kerja-kerja amal, sedekah dan berzakat membantu ramai orang lain.

Itulah namanya persepsi yang akan menjadi realiti seseorang.


Ini adalah contoh untuk amda berfikir. Ramai manusia mindanya dan potensi dirnya sedang "tidur" dek kerana tidak ada mentor, matlamat hidup yang jelas, ilmu yang terbukti berjaya, sistem serta strategi yang berkesan serta niat yang betul untuk membangkitkan tahap hidup serta kewangan mereka. Persepsi mereka ialah, cukuplah apa yang ada.

Kita berusaha, selebihnya kita serahkan kepada Allah.

Monday, 31 March 2014

Buku-buku Teks vs Realiti

Mentaliti masyarakat kita telah terbiasa dengan pemikiran bahawa belajar sampai ke universiti akan terjamin masa depan dan hidup akan berjaya. Adakah hidup akan lebih terjamin dan masa depan lebih cerah setelah menamatkan pengajian di universiti nanti ?

Sekiranya seseorang pelajar itu mengambil jurusan kewangan , pasti pelajar tersebut ‘dihidangkan’ oleh pensyarahnya dengan sehimpunan senarai pekerjaan kolar putih seperti pegawai bank, penganalisis dan sebagainya. Realitinyaya, seakan sebuah cerita dongeng sahaja  untuk mendapatkan pekerjaan yang sesuai dengan kelulusan di Malaysia. Perubahan corak permintaan telah berubah seiring dengan pasaran kerjaya . Peluang graduan di ambil bekerja seakan-akan sudah sempit dengan hanya bebekalkan segulung ijazah tanpa sebarang  pengalaman bekerja, di ikuti gaya pemikiran dalam kotak fikiran .

Sesetengah para usahawan yang nekad tidak menuntut di universiti bukanlah mereka ini bodoh sombong atau merasakan pendidikan formal tidak relevan dengan bisnes yang mahu diusahakan.Sebaliknya, di universiti, pelajar-pelajar  masih di bawah pengaruh ilmu daripada buku tanpa mampu menonjolkan bakat yang ada dengan lebih baik . Ketika menuntut di universiti, tidak dinafikan ramai yang memilih untuk menjalankan aktiviti yang bagus untuk memupuk minat terhadap perniagaan adalah dengan menjadi perniaga 'bawah tanah". Aku juga tidak terlepas peluang mengambil peluang untuk menimba pengalaman dengan berniaga air bandung, menjual keropok, mejual sosej, memberikan servis sewa kereta dan menjual rokok (haram jual rokok, serius aku dah insaf, duit tak berkat).

Namun, tidak keterlaluan jika aku katakan ada sebahagian universiti yang terlalu rigid dan berfikiran sempit sehingga sanggup mengambil tindakan tatatertib terhadap pelajar yang berniaga tanpa kebenaran Tindakan ini secara tidak langsung akan menyekat daya kreativiti serta kesungguhan pelajar melakukan pekerjaan warisan nabi—berniaga. Pelajar-pelajar hanya dibenarkan berniaga ketika musim graduasi, majlis-majlis rasmi kolej/universiti, temasya sukan, program keusahawanan yang dianjurkan beberapa hari sahaja dan sebagainya.

Definisi usahawan jalanan menurut ‘kamus’ Majalah Niaga ialah individu yang terlibat dengan perniagaan tanpa pendidikan formal tentang bisnes daripada institusi-institusi pengajian.
Sementara usahawan ‘buku’ pula bukanlah bermaksud penerbit, pencetak mahupun pembekal buku, sebaliknya bermaksud usahawan yang berniaga dengan menjadikan buku teks perniagaan daripada institusi pengajian sebagai ‘sifu’. - Petikan daripada Majalah Niaga.

Perbezaan ketara antara usahawan jalanan dengan usahawan ‘buku’ terlihat daripada sifat kental mereka., mempunyai sikap ‘risk taker’, sering tidak takut mencuba pelbagai strategi perniagaan dan juga pada pendapat aku sanggup melaburkan masa, duit tenaga untuk mendapatkan ilmu daripada mentor atau sifu yang telah berjaya di dalam bidang perniagaan. Contohnya, Abdul Basit, Junaidy, dan ramai lagi tidak segan silu menuntut ilmu daripada usahawan-usahawan yang telah terbukti berjaya dalam bidang perniagaan masing-masing.Menjadikan setiap daripada mereka sebagai inspirasi dan mentor serta tidak lokek melabur sejumlah wang untuk menghadiri seminar atau bengkel atau perkongsian pengalaman anjuran usahawan-usahawan tersebut. Usahawan jalanan yakin, banyak bengkel, kursus, seminar mahupun pusat latihan yang ditawarkan kepada mereka yang berazam menjadikan perniagaan sebagai mata pencarian utama.
Usahawan ‘buku’  kreativiti dan inovatif dalam perniagaan mereka terhalang akibat taat kepada buku-text teks daripada institusi pengajian tinggi.

Walaupun belum lagi terdapat sebarang statistik rasmi sehingga artikel ini ditulis, yang dikeluarkan oleh mana-mana badan profesional yang mengkaji tentang kebenaran teori usahawan jalanan lebih berjaya daripada usahawan kelahiran universiti, banyak bukti kejayaan yang membenarkan teori ini. Kebanyakan individu-individu yang ternama seluruh dunia yang berjaya di dalam lapangan perniagaan masing-masing hampir kebanyakann mereka berjaya setelah gagal meneruskan pengajian, gagal mendapatkan gred terbaik atau gagal mendapat tempat di institusi pengajian tinggi. Namun, mereka dalam golongan yang bermotivasi tinggi. Menukar kegagalan kepada inspirasi untuk menjadi lebih baik daripada individu-individu yang ‘menolak’ dan ‘memperlekehkan’ mereka sebelum ini. Mereka memilih untuk mengeksplorasi dan mengeksploitasi skil dan kelebihan yang ada pada diri mereka, lantas melakukan transformasi sehingga berjaya menjadi sebagaimana mereka pada hari ini.



Saturday, 29 March 2014

Kerja

Kita telah diajar secara turun temurun untuk bekerja selama tiga puluh ke empat pulah tahun untuk pencen pada umur 55 ke 60 tahun.

Masalahnya ialah, ramai yang yang telah pencen mengikut proses biasa ini mendapati yang mereka mempunyai masalah dengan kesempitan wang dan kadang-kadang  terpaksa mendapatkan pekerjaaan atau menceburi perniagaan yang mereka sendiri tidak mempunyai pengalaman, hanya untuk menampung hidup mereka.

Bagi sesetengah pihak, berpakaian korporat seperti kemeja dan bertali leher, anda akan kelihatan seperti seorang yang telah terjamin masa depan. Gaji tidak penting walaupun kadar gaji masih didalam kategori miskin bandar (bawah 3000). Jika seorang bakal mentua ingin menemuramah, 'Awak kerja di mana?" dan si bakal menantu menjawab, "saya kerja di putrajaya" atau "saya kerja di Maybank", maka peratusan bakal menantu untuk diterima oleh bakal mentua akan diterima sebagai menantu kepada anak mereka adalah amat tinggi!


KELUAR KERJA AWAL PAGI, BALIK KERJA LEWAT PETANG,
DAPAT GAJI, BAYAR HUTANG.....


"Pergi kerja mengadap traffic light, kadang-kadang punch card pun orang lain orong punchkan"


Sunday, 23 March 2014

Kau nak jadi apa?

*Kau nak jadi apa?

Terpulang kepada jalan yang kita pilih dan dengan siapa kita bergaul. Jika betul jalan yang kita pilih dan berada dilandasan yang betul, maka dengan izin-Nya betullah pilihan kita. Ia juga berkait rapat dengan faktor persekitaran. So, kenapa perlu mendengar suara-suara negatif yang tidak membantu? Ingatlah, perancangan Allah sangat hebat. Abaikan stigma negatif dan prejudis terhadap anda.

Wednesday, 5 March 2014

Buku Teks vs Praktikal

"Maaf, sesuatu yg pelik apabila belajar subjek atau kursus bisnes dan keusahawanan daripada orang hanya hebat menghafal buku teks dan langsung tidak tahu bagaimana hendak mempraktikkan apa yang diajarnya".


Salah seorang daripada mentor Dr. Azizan Osman yang berbangsa Cina pernah menegur beliau. katanya, beliau bodoh kerana belajar bisnes daripada orang yang langsung tidak tahu bagaimana hendak mempraktikan apa yang diajarnya. secara peribadi beliau, beliau telah menempuh kegagalan demi kegagalan satu ketika dahulu. Pada fikiran beliau, belajar dan mendapat gred yang baik dalam subjek pemasaran semasa di universiti sudah memadai.

Bayangkan, kita ingin menjadi pemain bola sepak profesional yang berjaya tetapi belajar dengan seorang pemain bola sepak amatur yang baru beberapa bulan berjinak-jinak dalam areana ini. Bolehkah begitu? Bandingkan pula jika kita belajar daripada seorang bekas pemain bola sepak  yang sudah ada pengalaman  berpuluh tahun  dan pernah meraih perlbagai kejayaan diperingkat antarabangsa. Mana satu pilihan anda? Mana satu yang anda rasa boleh membantu anda mencapai impian anda?

Cuba anda fikirkan sejenak, pensyarah-pensyarah di universiti yang mengajar subjek berkaitan bisnes, pernah tak pensyarah-pensyarah ni menjual walaupun sebatang pen?


Berdasarkan pemerhatian, pengalaman sendiri dan pelbagai sumber pembacaan, inilah realiti yang aku perhatikan dalam subjek-subjek yang diajar di universiti-universiti tempatan.

Salah satu subjek yang perlu aku ambil di sebuah universiti adalah Priciples of Entrepreneurship. Fokus didalam subjek tersebut adalah lebih tertumpu kepada teori (tanpa praktikal). Katakan, "A" ni memang mempunyai minat yang mendalam terhadap keusahawanan tetapi beliau agak lemah didalam subjek membaca dan seorang lagi ulat buku "B" memang hebat menghafal didalam subjek teori tetapi beliau tidak minat langsung didalam bidang keusahawanan. Siiapakah yang boleh score dalam test akan datang? Dah terang-terang lah si ulat buka "B". Walaupun si "B" tak minat langsung, tapi kerana kepakaran si "B" ni menghafal, die boleh score pun test tu. Adil ke kalau kita katakan  si "B" lagi power dalam bidang keusahawanan? Jadi bagaimanakan kita boleh menilai sesorang itu hanya daripada jawapan di kertas? Adakah pensyarah yang mengajar subjek itu mempunyai pengalaman dalam menjual? Adakah penulis buku tersebut juga seorang usahawan?



Bagi aku, buku "Silent Millionaire" tulisan Chef Li adalah antara buku yang terbaik di dalam pasaran. Dalam versi Bahasa Melayu, "Menjejaki Jutawan Senyap". Buku yang diolah berdasarkan kehidupan di sekeliling kita yang kita sendiri tidak perasan. Banyak sangat yang aku nak kupas dan ulas hasil daripada 3-4 kali pembacaan buku tersebut. Cuma, kesimpulannya.........persepsi anda pasti akan berubah dan anda akan lebih peka terhadap persekitaran perniaga-perniaga diluar sana selepas anda membaca buku tersebut. Senang cakap, "Ramai orang melihat tapi tidak nampak"



Satu lagi contoh yang aku nak bagi contoh ialah ada satu subjek Portfolio Managemant and Applications. Salah satu subjek yang boleh dikatakan ada teori dan kira-kira (aku lebih kearah kira-kira je berbanding teori).
Salah satu assignment dalam subjek tu adalah berkaitan perlaburan. Yang bestnya, kami semua di dalam kelas tak tahu pun macam mana nak mulakan assignment tu. Sebab apa? sebab kami semua hanya didedahkan dengan buku-buku sahaja sepanjang 5
semester belajar disitu tanpa praktikal!! belajar sampai semester 5 tak kan tak reti?hahaha..  Kalau tak tahu, macam mana nak start kan? Kami diberi olok-olok RM200000 sebagai modal permulaan untuk melabur. Group kami print out carta daripada laman web Bursa Malaysia. Lepas tu, tunjuk kepada lecterer, ni okay ke tak.... hanya berdasarkan graf sahaja, beliau boleh kata "ok, boleh naik lagi ni" lebih kurang macam tu la.. puhh, power tu! (dalam hati).

Tapikan, sebenarnya, salah beb! kompem anda juga boleh rugi!. Anda akan rugi kerana membeli pada harga yang sudah tinggi. Beli tanpa strategi dan ilmu akan membutkan anda terjerumus ke dalam lembah kerugian yang besar. Ibarat, kerugian anda didalam saham seperti anda membayar kos pembiayaan yuran kursus perubatan di luar negara. Mana boleh main agak-agak kalau nak melabur dalam saham. Mana boleh hentam kromo! Mesti kena ada paling kurang technical analysis dan fundamental analysis.. jauh dan luas kalau nak aku huraikan tentang technical sahaja, indikator-indikator Bollinger Band, Directional Movement Index, MACD, Stochastic, Relative Strenght Index, Momentum, Commodity Channel index, Support, Resistant, pattern dan bentuk-bentuk trend!. Semua ini tidak diajar di ijazah di UiTM! Adakah dengan hanya buku walaupun anda minum air yang direndam dengan buku, anda boleh jadi power dalam perlaburan? Tidak mungkin walaupun anda ada sijil masters sekalipun.


Contoh yang lagi adalah Diploma in Business Studies (DBS),
Faculty of Business Management. Memang tak dinafikan,kecenderungan dan kemampuan student-student perempuan ni menghafal.. tambahan lagi dengan nota yang warna warni.. Atau satu lagi kelebihan kalau student ini hebat dalam writing dalam bahasa omputeh. Bukan la niat aku kondem mana-mana kekurangan, sebab setiap orang mempunyai kekurangan dan kelebihan masing-masing. Soalan aku, adakah student-student ni memang boleh berbisnes walaupun bisnes jajaan atau paling kurang la memang minat bisnes?

Begitu juga dengan Diploma in Investment Analysis. Adakah pelajar-pelajar yang akan menghabiskan masa selama 3 tahun akan pandai dalam dalam menganalisis charta saham dan fundamendtal sesuatu company? Adakah Bachelor of Business Administration (Hons) Marketing merasakan cukup hanya membaca buku text mampu untuk mengusai jualan dan permasaran dengan hanya belajar daripada pengajar yang juga belajar melalui buku text? Ada sestengah pelajar juga sukar untuk melemparkan senyuman dan ramah dengan orang lain?Bagaimana pula dengan pelajar  Bachelor of Accountancy (Hons)? Adakah pelajar-pelajar daripada jurusan accountancy ini mampu untuk menggunakan UBS system? Yang paling ketara bila ada yang bertanya aku bagaimana nak buat resume. Aku tak salahkan beliau, kerana memang kita tak diajar subjek Job Application Process.


Sebenarnya, kita perlu lahairkan "pelajar yang mahir atau pandai menghafal?"


Ramai yang berlumba-lumba nak ambik masters. Bukannya satu kesalahan kalau nak ambik masters, kerana didalam Islam, memang dituntut untuk kita menimba ilmu. Walaubagaimana pun, layakkan seorang graduan untuk memegang sijil master , jika masa pembentangan, masih lagi bergantung kepada 90%-100% pada text pada kertas. Sesetengah pelajar mungkin mampu untuk menghafal 4-5 helai, tak jadi masalah kepada mereka bagi sesetengah graduan tersebut yang mempunyai kepakaran dalam menghafal. Aku sendiri pernah nampak, seorang student perempuan ini mampu menghafal bulat-bulat text apa yang ada pada slides PowerPoint tu. Lebih baik universiti tempatan keluarkan sijil master dalam pengajian kepakaran menghafal text. Hanya bebekalkan pointer sahaja tidak cukup untuk menilai kelayakan kemasukan jika asasnya di degree masih lagi samar-samar.


Niat aku, bukan lah nak kondem mana-mana pihak. Tapi, nak suruh berfikir releven atau tidak konsep buku tanpa praktikal. Sebab tu aku tak hairan kalau masih lagi ramai dalam ahli keluarga akan menetang sekeras-kerasnya jika anak meraka ingin berjinak-jinak dalam dunia perniagaan atau ingin belajar saham. Mereka akan katakan bahawa dunia perniagaan dan perlaburan penuh dengan kerugian dan risiko yang tinggi. Aku amat menghormati semua guru-guru aku. Meraka tak salah, kerana meraka juga belajar berdasarkan buku teks berbanding praktikal. Harapan aku, semoga silibus-silibus dapat dikaji semula. sebab apa? sebab kes ni memang berat sebab melibatkan kos yang besar dan pembaziran masa yg amat lama. Benarlah kata mentorku, "belajar tinggi-tinggi akhirnya makan gaji juga". Amatlah merugikan kalau belajar sampai peringkat kedoktoran bisnes, tetapi masih lagi makan gaji. sedangkan diri sendiri tidak pernah mempunyai pengalaman berniaga walaupun sebatang pen! Rasanya banyak lagi yang aku nak tulis berkenaan isu ini...

Tuesday, 4 March 2014

Skim Cepat Kaya

Sedar atau tak, Malaysia adalah LUBUK................aku ulang dan ulang sekali lagi, LUBUK untuk TEST Skim Pelaburan Internet atau apa jua skim yang memang nak mengenakan orang ramai..dari zaman gores dan menang sampai la High Yield Investment Product(HYIP)..tak serik-serik mencuba pelaburan yang tidak betul! Hmmm, semuanya nak kaya cepat tanpa buat keputusan yang wajar.

Nak kaya cepat boleh..tapi  asalkan dengan usaha dan kerja keras.  Pernah tak korang jumpa orang duduk duduk goyang kaki tiba-tiba boleh senang je kaya raya..Alahai, kalau macam tu, aku pun nak join boleh?hahaha..gurau aje...

Mereka yang kaya semuanya kerja keras dan usaha berterusan.,Nak tau tak, kalau korang nak untung beratus percent kat saham (stock/share/equities) dan FCPO (futures) pun bersengkang mata buat kajian.Kaji TA(15%), FA (5%), dan yang paling penting sekali adalah EMOSI (80%). Bukak buku, buat catitan dan kajian..bukan senang nak untung tanpa usaha. tau!..hmmm.

Apa yang menyedihkan, mereka ni diumpan dengan janji tak perlu susah payah. Ejen akan uruskan semuanya. Hanya goyang kaki tunggu payment. Yang dapat payment 1st sahaja sbb lepas tu ejen depa cabut lari. Yang banyak kena org Melayu lah. Mana perjuang-perjuang Melayu tu?hahahaha :)


Salah satu punca lagi, adalah daripada masalah bila nafsu diorang ni kan dah melepasi ilmu; tindakan tanpa pengetahuan/pengalaman..ditambah dgn dorongan tekanan kewangan.

Yang geng-geng penipu ni, satu keturunan Madoff ke? (Maaf terkasar..hehe)   :)

Giler la, yang best tu golongan kenamaan dato'-dato'  dan datin-datin, tan sri-tan sri pun ikut joint!
So, bila dah tengok nama-nama hebat camtu, jadi bertambah yakin giler banget la..Akhirnya, VVIP hangus duit boleh senyum gelak cheers lagi, yang tergolek bergolok-gadai harta species cam nak cari duit keje ni, memang seb nak kaya cepat pastu kayap papa kedana terus. Learn from stupid dumpy exprienced dude!
Ada TIGA perkara orang melayu tak boleh tinggal: MLM, hiburan & bomoh. Paling bahaya ketiga-tiga bertopengkan Islam.
 

Bayangkan kalu duit yang yang hangus tu boleh pegi 3 kali melancong, pegi umrah.. baki lagi boleh beli kereta Jaguar F-Type beb!!

Pelik dengan orang yang masih lagi suka melabur ke tempat-tempat pelaburan yang tidak sah.Dan paling saya bengang,ada yang beriya-riya mempertahankan SKIM pelaburan yang dimasuki adalah betul disebabkan sudah meraih keuntungan dengan memberikan alasan kerajaan tidak dapat cukai,Suruhanjaya Sekuriti tidak suka lihat orang melayu kaya dan macam2 kata2 untuk meyakinkan pelaburan mereka betul!...mereka ini tak serik2 ditipu walaupun sudah beratus juta duit lebur di Swiss Cash, EBarrel,Buluhmas,Seramik CLub dan macam2 lagi.

Masalah pelabur runcit ini adalah lebih teruk apabila rata - rata yang sudah tahu teknik pelaburan adalah daripada golongan berumur 40 tahun ke atas. Yang berumur bawah terutama 25-35 tahun masih lagi teraba - raba dalam mempelajari ilmu dan proses pembelian saham. Kepada yang sudah tahu dan sudah faham saya ucapkan tahniah!
Masyarakat lebih mengenali pelaburan yang 'pelik - pelik' dari pelaburan sebenar.

Persoalannya, mengapa mereka ini lebih mengetahui dan terdedah dengan program - program pelaburan yang tidak diiktiraf ini? Pada pendapat saya, hal ini berlaku kerana ia telah menjadi trend dan satu fenomena terutama di ruang cyber dan terpengaruh dengan janji manis dan muslihat "si pembuat" skim cepat kaya. Contoh yang paling ramai terkena' adalah "Swiss Cash yang kegiatannya sudah disekat oleh Bank Negara. Dianggarkan jumlah pelaburan ke skim-skim yang tidak diiktiraf oleh kerajaan ini mencecah nilai RM 1,000,000,000(1 billion Ringgit Malaysia. Bayangkan berapa ramai yang sudah tertipu dari zaman Skim Pak Man Telo. Saya disini bukan ingin bercerita tentang skim cepat kaya atau berapa ramai yang sudah tertipu. Tetapi saya ingin bercerita tentang bagaimana kita ingin mengenali sesuatu pelaburan itu betul atau tidak.

Fakta:
  1. Ramai yang tidak tahu tentang proses pelaburan sebenar di Bursa Malaysia
  2. Ramai yang ingin belajar,tetapi tidak berjumpa mentor atau  tempat yang betul
  3. 65% peserta bengkel pernah terjebak skim - skim pelaburan tidak betul.


3 PETUA  untuk tidak terperangkap dengan Skim pelaburan haram ini. Berikut adalah 3 petuanya:

  1. Untung yang ditawarkan adalah terlalu sedap untuk didengar. Ada juga kes keuntungannya terlalu tinggi dan terlalu 'sedap' untuk didengar.(hati-hati)
  2. Keuntungan yang besar ini akan diperolehi dalam masa yang singkat dan tanpa perlu buat apa-apa kerja! (hampir semua perkara untuk untung mesti ada kerja)
  3. Berita untung yang  besar dan tidak perlua lakukan apa-apa kerja ini disampaikan dengan penuh 'Beriya-riya' dan bersemangat sekali.(jika tiada upah,jarang orang yang bercerita begitu beriya-iya)
# Jika 3 petua diatas  saling kait-mengait,maka anda perlu berfikir dahulu dan jangan buat keputusan pelaburan secara terburu-buru. Ini kerana rata-rata mangsa skim pelaburan haram membuat keputusan tanpa membuat kajian dan terlalu terburu-buru untuk cepat kaya!


Simple jer: pembuat skim cepat kaya tahu akan kelemahan org dalam mengawal emosi




Seringkali kita dihebahkan dengan berita pelaburan palsu di media-media utama. Ada pelaburan yang hanya memerlukan RM2000 sahaja dan akan diberikan pulangan RM2 juta!

  1. Pada saya ianya amat mengarut! Untuk pengetahuan semua,pelaburan yang menjanjikan kekayaan sekelip mata adalah satu temberang yang amat sangat. Broker dan trader yang berpengalaman lebih 10 tahun pun ada untung dan ada rugi. Itu pun setelah menggunakan kajian dan pengalaman dapatlah kerugian diminimakan dan keuntungan dimaksimakan.Orang terkaya dunia Mr Warrent Buffet pun mengambil masa puluhan tahun dalam bidang pelaburan.Itupun setelah umur tua barulah meraih keuntungan pelaburannya!
  2. Usahlah melabur ke tempat yang tak betul.Jika hendak melabur carilah tempat pelaburan yang anda sendiri labur.Untung rugi anda sendiri,lagi puas hati dari ditipu bulat-bulat oleh orang yang berlagak hebat.
  3. Rata-rata yang tertipu adalah orang yang membuat keputusan berdasarkan emosi dan terpengaruh dengan janji manis si pembuat cerita skim cepat kaya. Lebih-lebih lagi jika seseorang itu bergaya dengan kereta besar.Sebenarnya melalui pengalaman,orang kaya tidak menunjuk diri mereka kaya. Lihatlah Tan Sri Syed Mokhtar,orang melayu terkaya dengan duit dan pelaburan berbillion ringgit hanya pandu Perdana sahaja. Mercedes pun jarang-jarang pakai.
  4. Dan amat mengecewakan apabila ada bekas ahli skim cepat kaya mengatakan Bank Negara, kerajaan tidak suka dengan orang ramai yang kaya! Sebenarnya mereka lagi sekali ditipu oleh orang atasan yang sememangnya bijak bermain sandiwara dan kata-kata.
Oleh itu,modal pelaburan sebenar bukannya wang ringgit tetapi ilmu pengetahuan.
Melabur keatas ilmu pengetahuan adalah lebih penting dari melabur terus!


So, apa bezanya Madoff dan Warrant Buffet?Hehe.. nasihat saya, carilah ilmu dan rajin buat kajian berdasarkan ilmu.. :)


"Mungkin kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagi kamu. dan mungkin kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kamu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui"

Surah al-Baqarah, ayat 216

25 vintage photos of Vancouver in the 1970s

 




The Asteroid (1977)

Winter on West 11th Avenue (1977)

15th & Arbutus (1978)


The Vancouver Special (1977)


Blue Horizon Hotel (1978)


Cheap gas in 1978 ($0.85/imperial gallon = $0.20/litre)


Main & 13th Avenue (1978)


Eldorado Motor Hotel (1978)


High-Low (1978)


Main Street looking north (1978)


4th & Vine (1978)


Manitoba & West 13th Avenue (1978)


Middlegate Shopping Centre (1978)


A modern phone booth (1978)


Robson & Thurlow (1978)

vancouver 1978 - robson & thurlow

Colonial Motel, Kingsway & Sidney Street (1977)


A row of Vancouver Specials (1978)


Shell Car Wash (1978)


The Shoreland Apartments, 2190 Bellevue Avenue (1978)


Texaco, 15th & Cambie (1978)


West 5th & Arbutus (1978)


West on Hastings (1978)


A view of the city (1978)


West Coast Transmission Building (1979)