Tuesday, 4 March 2014

Skim Cepat Kaya

Sedar atau tak, Malaysia adalah LUBUK................aku ulang dan ulang sekali lagi, LUBUK untuk TEST Skim Pelaburan Internet atau apa jua skim yang memang nak mengenakan orang ramai..dari zaman gores dan menang sampai la High Yield Investment Product(HYIP)..tak serik-serik mencuba pelaburan yang tidak betul! Hmmm, semuanya nak kaya cepat tanpa buat keputusan yang wajar.

Nak kaya cepat boleh..tapi  asalkan dengan usaha dan kerja keras.  Pernah tak korang jumpa orang duduk duduk goyang kaki tiba-tiba boleh senang je kaya raya..Alahai, kalau macam tu, aku pun nak join boleh?hahaha..gurau aje...

Mereka yang kaya semuanya kerja keras dan usaha berterusan.,Nak tau tak, kalau korang nak untung beratus percent kat saham (stock/share/equities) dan FCPO (futures) pun bersengkang mata buat kajian.Kaji TA(15%), FA (5%), dan yang paling penting sekali adalah EMOSI (80%). Bukak buku, buat catitan dan kajian..bukan senang nak untung tanpa usaha. tau!..hmmm.

Apa yang menyedihkan, mereka ni diumpan dengan janji tak perlu susah payah. Ejen akan uruskan semuanya. Hanya goyang kaki tunggu payment. Yang dapat payment 1st sahaja sbb lepas tu ejen depa cabut lari. Yang banyak kena org Melayu lah. Mana perjuang-perjuang Melayu tu?hahahaha :)


Salah satu punca lagi, adalah daripada masalah bila nafsu diorang ni kan dah melepasi ilmu; tindakan tanpa pengetahuan/pengalaman..ditambah dgn dorongan tekanan kewangan.

Yang geng-geng penipu ni, satu keturunan Madoff ke? (Maaf terkasar..hehe)   :)

Giler la, yang best tu golongan kenamaan dato'-dato'  dan datin-datin, tan sri-tan sri pun ikut joint!
So, bila dah tengok nama-nama hebat camtu, jadi bertambah yakin giler banget la..Akhirnya, VVIP hangus duit boleh senyum gelak cheers lagi, yang tergolek bergolok-gadai harta species cam nak cari duit keje ni, memang seb nak kaya cepat pastu kayap papa kedana terus. Learn from stupid dumpy exprienced dude!
Ada TIGA perkara orang melayu tak boleh tinggal: MLM, hiburan & bomoh. Paling bahaya ketiga-tiga bertopengkan Islam.
 

Bayangkan kalu duit yang yang hangus tu boleh pegi 3 kali melancong, pegi umrah.. baki lagi boleh beli kereta Jaguar F-Type beb!!

Pelik dengan orang yang masih lagi suka melabur ke tempat-tempat pelaburan yang tidak sah.Dan paling saya bengang,ada yang beriya-riya mempertahankan SKIM pelaburan yang dimasuki adalah betul disebabkan sudah meraih keuntungan dengan memberikan alasan kerajaan tidak dapat cukai,Suruhanjaya Sekuriti tidak suka lihat orang melayu kaya dan macam2 kata2 untuk meyakinkan pelaburan mereka betul!...mereka ini tak serik2 ditipu walaupun sudah beratus juta duit lebur di Swiss Cash, EBarrel,Buluhmas,Seramik CLub dan macam2 lagi.

Masalah pelabur runcit ini adalah lebih teruk apabila rata - rata yang sudah tahu teknik pelaburan adalah daripada golongan berumur 40 tahun ke atas. Yang berumur bawah terutama 25-35 tahun masih lagi teraba - raba dalam mempelajari ilmu dan proses pembelian saham. Kepada yang sudah tahu dan sudah faham saya ucapkan tahniah!
Masyarakat lebih mengenali pelaburan yang 'pelik - pelik' dari pelaburan sebenar.

Persoalannya, mengapa mereka ini lebih mengetahui dan terdedah dengan program - program pelaburan yang tidak diiktiraf ini? Pada pendapat saya, hal ini berlaku kerana ia telah menjadi trend dan satu fenomena terutama di ruang cyber dan terpengaruh dengan janji manis dan muslihat "si pembuat" skim cepat kaya. Contoh yang paling ramai terkena' adalah "Swiss Cash yang kegiatannya sudah disekat oleh Bank Negara. Dianggarkan jumlah pelaburan ke skim-skim yang tidak diiktiraf oleh kerajaan ini mencecah nilai RM 1,000,000,000(1 billion Ringgit Malaysia. Bayangkan berapa ramai yang sudah tertipu dari zaman Skim Pak Man Telo. Saya disini bukan ingin bercerita tentang skim cepat kaya atau berapa ramai yang sudah tertipu. Tetapi saya ingin bercerita tentang bagaimana kita ingin mengenali sesuatu pelaburan itu betul atau tidak.

Fakta:
  1. Ramai yang tidak tahu tentang proses pelaburan sebenar di Bursa Malaysia
  2. Ramai yang ingin belajar,tetapi tidak berjumpa mentor atau  tempat yang betul
  3. 65% peserta bengkel pernah terjebak skim - skim pelaburan tidak betul.


3 PETUA  untuk tidak terperangkap dengan Skim pelaburan haram ini. Berikut adalah 3 petuanya:

  1. Untung yang ditawarkan adalah terlalu sedap untuk didengar. Ada juga kes keuntungannya terlalu tinggi dan terlalu 'sedap' untuk didengar.(hati-hati)
  2. Keuntungan yang besar ini akan diperolehi dalam masa yang singkat dan tanpa perlu buat apa-apa kerja! (hampir semua perkara untuk untung mesti ada kerja)
  3. Berita untung yang  besar dan tidak perlua lakukan apa-apa kerja ini disampaikan dengan penuh 'Beriya-riya' dan bersemangat sekali.(jika tiada upah,jarang orang yang bercerita begitu beriya-iya)
# Jika 3 petua diatas  saling kait-mengait,maka anda perlu berfikir dahulu dan jangan buat keputusan pelaburan secara terburu-buru. Ini kerana rata-rata mangsa skim pelaburan haram membuat keputusan tanpa membuat kajian dan terlalu terburu-buru untuk cepat kaya!


Simple jer: pembuat skim cepat kaya tahu akan kelemahan org dalam mengawal emosi




Seringkali kita dihebahkan dengan berita pelaburan palsu di media-media utama. Ada pelaburan yang hanya memerlukan RM2000 sahaja dan akan diberikan pulangan RM2 juta!

  1. Pada saya ianya amat mengarut! Untuk pengetahuan semua,pelaburan yang menjanjikan kekayaan sekelip mata adalah satu temberang yang amat sangat. Broker dan trader yang berpengalaman lebih 10 tahun pun ada untung dan ada rugi. Itu pun setelah menggunakan kajian dan pengalaman dapatlah kerugian diminimakan dan keuntungan dimaksimakan.Orang terkaya dunia Mr Warrent Buffet pun mengambil masa puluhan tahun dalam bidang pelaburan.Itupun setelah umur tua barulah meraih keuntungan pelaburannya!
  2. Usahlah melabur ke tempat yang tak betul.Jika hendak melabur carilah tempat pelaburan yang anda sendiri labur.Untung rugi anda sendiri,lagi puas hati dari ditipu bulat-bulat oleh orang yang berlagak hebat.
  3. Rata-rata yang tertipu adalah orang yang membuat keputusan berdasarkan emosi dan terpengaruh dengan janji manis si pembuat cerita skim cepat kaya. Lebih-lebih lagi jika seseorang itu bergaya dengan kereta besar.Sebenarnya melalui pengalaman,orang kaya tidak menunjuk diri mereka kaya. Lihatlah Tan Sri Syed Mokhtar,orang melayu terkaya dengan duit dan pelaburan berbillion ringgit hanya pandu Perdana sahaja. Mercedes pun jarang-jarang pakai.
  4. Dan amat mengecewakan apabila ada bekas ahli skim cepat kaya mengatakan Bank Negara, kerajaan tidak suka dengan orang ramai yang kaya! Sebenarnya mereka lagi sekali ditipu oleh orang atasan yang sememangnya bijak bermain sandiwara dan kata-kata.
Oleh itu,modal pelaburan sebenar bukannya wang ringgit tetapi ilmu pengetahuan.
Melabur keatas ilmu pengetahuan adalah lebih penting dari melabur terus!


So, apa bezanya Madoff dan Warrant Buffet?Hehe.. nasihat saya, carilah ilmu dan rajin buat kajian berdasarkan ilmu.. :)


"Mungkin kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagi kamu. dan mungkin kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kamu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui"

Surah al-Baqarah, ayat 216

No comments:

Post a Comment