"Maaf,
sesuatu yg pelik apabila belajar subjek atau kursus bisnes dan
keusahawanan daripada orang hanya hebat menghafal buku teks dan langsung
tidak tahu bagaimana hendak mempraktikkan apa yang diajarnya".
Salah seorang daripada mentor Dr. Azizan Osman yang berbangsa Cina pernah menegur beliau. katanya, beliau bodoh kerana belajar bisnes daripada orang yang langsung tidak tahu bagaimana hendak mempraktikan apa yang diajarnya. secara peribadi beliau, beliau telah menempuh kegagalan demi kegagalan satu ketika dahulu. Pada fikiran beliau, belajar dan mendapat gred yang baik dalam subjek pemasaran semasa di universiti sudah memadai.
Bayangkan, kita ingin menjadi pemain bola sepak profesional yang berjaya tetapi belajar dengan seorang pemain bola sepak amatur yang baru beberapa bulan berjinak-jinak dalam areana ini. Bolehkah begitu? Bandingkan pula jika kita belajar daripada seorang bekas pemain bola sepak yang sudah ada pengalaman berpuluh tahun dan pernah meraih perlbagai kejayaan diperingkat antarabangsa. Mana satu pilihan anda? Mana satu yang anda rasa boleh membantu anda mencapai impian anda?
Cuba
anda fikirkan sejenak, pensyarah-pensyarah di universiti yang mengajar
subjek berkaitan bisnes, pernah tak pensyarah-pensyarah ni menjual
walaupun sebatang pen?
Berdasarkan pemerhatian, pengalaman sendiri dan pelbagai sumber pembacaan, inilah realiti yang aku perhatikan dalam subjek-subjek yang diajar di universiti-universiti tempatan.
Salah satu subjek yang perlu aku ambil di sebuah universiti adalah Priciples of Entrepreneurship. Fokus didalam subjek tersebut adalah lebih tertumpu kepada teori (tanpa praktikal). Katakan, "A" ni memang mempunyai minat yang mendalam terhadap keusahawanan tetapi beliau agak lemah didalam subjek membaca dan seorang lagi ulat buku "B" memang hebat menghafal didalam subjek teori tetapi beliau tidak minat langsung didalam bidang keusahawanan. Siiapakah yang boleh score dalam test akan datang? Dah terang-terang lah si ulat buka "B". Walaupun si "B" tak minat langsung, tapi kerana kepakaran si "B" ni menghafal, die boleh score pun test tu. Adil ke kalau kita katakan si "B" lagi power dalam bidang keusahawanan? Jadi bagaimanakan kita boleh menilai sesorang itu hanya daripada jawapan di kertas? Adakah pensyarah yang mengajar subjek itu mempunyai pengalaman dalam menjual? Adakah penulis buku tersebut juga seorang usahawan?
Bagi aku, buku "Silent Millionaire" tulisan Chef Li adalah antara buku yang terbaik di dalam pasaran. Dalam versi Bahasa Melayu, "Menjejaki Jutawan Senyap". Buku yang diolah berdasarkan kehidupan di sekeliling kita yang kita sendiri tidak perasan. Banyak sangat yang aku nak kupas dan ulas hasil daripada 3-4 kali pembacaan buku tersebut. Cuma, kesimpulannya.........persepsi anda pasti akan berubah dan anda akan lebih peka terhadap persekitaran perniaga-perniaga diluar sana selepas anda membaca buku tersebut. Senang cakap, "Ramai orang melihat tapi tidak nampak"
Satu lagi contoh yang aku nak bagi contoh ialah ada satu subjek Portfolio Managemant and Applications. Salah satu subjek yang boleh dikatakan ada teori dan kira-kira (aku lebih kearah kira-kira je berbanding teori).
Salah satu assignment dalam subjek tu adalah berkaitan perlaburan. Yang bestnya, kami semua di dalam kelas tak tahu pun macam mana nak mulakan assignment tu. Sebab apa? sebab kami semua hanya didedahkan dengan buku-buku sahaja sepanjang 5 semester belajar disitu tanpa praktikal!! belajar sampai semester 5 tak kan tak reti?hahaha.. Kalau tak tahu, macam mana nak start kan? Kami diberi olok-olok RM200000 sebagai modal permulaan untuk melabur. Group kami print out carta daripada laman web Bursa Malaysia. Lepas tu, tunjuk kepada lecterer, ni okay ke tak.... hanya berdasarkan graf sahaja, beliau boleh kata "ok, boleh naik lagi ni" lebih kurang macam tu la.. puhh, power tu! (dalam hati).
Tapikan, sebenarnya, salah beb! kompem anda juga boleh rugi!. Anda akan rugi kerana membeli pada harga yang sudah tinggi. Beli tanpa strategi dan ilmu akan membutkan anda terjerumus ke dalam lembah kerugian yang besar. Ibarat, kerugian anda didalam saham seperti anda membayar kos pembiayaan yuran kursus perubatan di luar negara. Mana boleh main agak-agak kalau nak melabur dalam saham. Mana boleh hentam kromo! Mesti kena ada paling kurang technical analysis dan fundamental analysis.. jauh dan luas kalau nak aku huraikan tentang technical sahaja, indikator-indikator Bollinger Band, Directional Movement Index, MACD, Stochastic, Relative Strenght Index, Momentum, Commodity Channel index, Support, Resistant, pattern dan bentuk-bentuk trend!. Semua ini tidak diajar di ijazah di UiTM! Adakah dengan hanya buku walaupun anda minum air yang direndam dengan buku, anda boleh jadi power dalam perlaburan? Tidak mungkin walaupun anda ada sijil masters sekalipun.
Contoh yang lagi adalah Diploma in Business Studies (DBS), Faculty of Business Management. Memang tak dinafikan,kecenderungan dan kemampuan student-student perempuan ni menghafal.. tambahan lagi dengan nota yang warna warni.. Atau satu lagi kelebihan kalau student ini hebat dalam writing dalam bahasa omputeh. Bukan la niat aku kondem mana-mana kekurangan, sebab setiap orang mempunyai kekurangan dan kelebihan masing-masing. Soalan aku, adakah student-student ni memang boleh berbisnes walaupun bisnes jajaan atau paling kurang la memang minat bisnes?
Begitu juga dengan Diploma in Investment Analysis. Adakah pelajar-pelajar yang akan menghabiskan masa selama 3 tahun akan pandai dalam dalam menganalisis charta saham dan fundamendtal sesuatu company? Adakah Bachelor of Business Administration (Hons) Marketing merasakan cukup hanya membaca buku text mampu untuk mengusai jualan dan permasaran dengan hanya belajar daripada pengajar yang juga belajar melalui buku text? Ada sestengah pelajar juga sukar untuk melemparkan senyuman dan ramah dengan orang lain?Bagaimana pula dengan pelajar Bachelor of Accountancy (Hons)? Adakah pelajar-pelajar daripada jurusan accountancy ini mampu untuk menggunakan UBS system? Yang paling ketara bila ada yang bertanya aku bagaimana nak buat resume. Aku tak salahkan beliau, kerana memang kita tak diajar subjek Job Application Process.
Sebenarnya, kita perlu lahairkan "pelajar yang mahir atau pandai menghafal?"
Ramai yang berlumba-lumba nak ambik masters. Bukannya satu kesalahan kalau nak ambik masters, kerana didalam Islam, memang dituntut untuk kita menimba ilmu. Walaubagaimana pun, layakkan seorang graduan untuk memegang sijil master , jika masa pembentangan, masih lagi bergantung kepada 90%-100% pada text pada kertas. Sesetengah pelajar mungkin mampu untuk menghafal 4-5 helai, tak jadi masalah kepada mereka bagi sesetengah graduan tersebut yang mempunyai kepakaran dalam menghafal. Aku sendiri pernah nampak, seorang student perempuan ini mampu menghafal bulat-bulat text apa yang ada pada slides PowerPoint tu. Lebih baik universiti tempatan keluarkan sijil master dalam pengajian kepakaran menghafal text. Hanya bebekalkan pointer sahaja tidak cukup untuk menilai kelayakan kemasukan jika asasnya di degree masih lagi samar-samar.
Niat aku, bukan lah nak kondem mana-mana pihak. Tapi, nak suruh berfikir releven atau tidak konsep buku tanpa praktikal. Sebab tu aku tak hairan kalau masih lagi ramai dalam ahli keluarga akan menetang sekeras-kerasnya jika anak meraka ingin berjinak-jinak dalam dunia perniagaan atau ingin belajar saham. Mereka akan katakan bahawa dunia perniagaan dan perlaburan penuh dengan kerugian dan risiko yang tinggi. Aku amat menghormati semua guru-guru aku. Meraka tak salah, kerana meraka juga belajar berdasarkan buku teks berbanding praktikal. Harapan aku, semoga silibus-silibus dapat dikaji semula. sebab apa? sebab kes ni memang berat sebab melibatkan kos yang besar dan pembaziran masa yg amat lama. Benarlah kata mentorku, "belajar tinggi-tinggi akhirnya makan gaji juga". Amatlah merugikan kalau belajar sampai peringkat kedoktoran bisnes, tetapi masih lagi makan gaji. sedangkan diri sendiri tidak pernah mempunyai pengalaman berniaga walaupun sebatang pen! Rasanya banyak lagi yang aku nak tulis berkenaan isu ini...
No comments:
Post a Comment