Monday, 31 March 2014

Buku-buku Teks vs Realiti

Mentaliti masyarakat kita telah terbiasa dengan pemikiran bahawa belajar sampai ke universiti akan terjamin masa depan dan hidup akan berjaya. Adakah hidup akan lebih terjamin dan masa depan lebih cerah setelah menamatkan pengajian di universiti nanti ?

Sekiranya seseorang pelajar itu mengambil jurusan kewangan , pasti pelajar tersebut ‘dihidangkan’ oleh pensyarahnya dengan sehimpunan senarai pekerjaan kolar putih seperti pegawai bank, penganalisis dan sebagainya. Realitinyaya, seakan sebuah cerita dongeng sahaja  untuk mendapatkan pekerjaan yang sesuai dengan kelulusan di Malaysia. Perubahan corak permintaan telah berubah seiring dengan pasaran kerjaya . Peluang graduan di ambil bekerja seakan-akan sudah sempit dengan hanya bebekalkan segulung ijazah tanpa sebarang  pengalaman bekerja, di ikuti gaya pemikiran dalam kotak fikiran .

Sesetengah para usahawan yang nekad tidak menuntut di universiti bukanlah mereka ini bodoh sombong atau merasakan pendidikan formal tidak relevan dengan bisnes yang mahu diusahakan.Sebaliknya, di universiti, pelajar-pelajar  masih di bawah pengaruh ilmu daripada buku tanpa mampu menonjolkan bakat yang ada dengan lebih baik . Ketika menuntut di universiti, tidak dinafikan ramai yang memilih untuk menjalankan aktiviti yang bagus untuk memupuk minat terhadap perniagaan adalah dengan menjadi perniaga 'bawah tanah". Aku juga tidak terlepas peluang mengambil peluang untuk menimba pengalaman dengan berniaga air bandung, menjual keropok, mejual sosej, memberikan servis sewa kereta dan menjual rokok (haram jual rokok, serius aku dah insaf, duit tak berkat).

Namun, tidak keterlaluan jika aku katakan ada sebahagian universiti yang terlalu rigid dan berfikiran sempit sehingga sanggup mengambil tindakan tatatertib terhadap pelajar yang berniaga tanpa kebenaran Tindakan ini secara tidak langsung akan menyekat daya kreativiti serta kesungguhan pelajar melakukan pekerjaan warisan nabi—berniaga. Pelajar-pelajar hanya dibenarkan berniaga ketika musim graduasi, majlis-majlis rasmi kolej/universiti, temasya sukan, program keusahawanan yang dianjurkan beberapa hari sahaja dan sebagainya.

Definisi usahawan jalanan menurut ‘kamus’ Majalah Niaga ialah individu yang terlibat dengan perniagaan tanpa pendidikan formal tentang bisnes daripada institusi-institusi pengajian.
Sementara usahawan ‘buku’ pula bukanlah bermaksud penerbit, pencetak mahupun pembekal buku, sebaliknya bermaksud usahawan yang berniaga dengan menjadikan buku teks perniagaan daripada institusi pengajian sebagai ‘sifu’. - Petikan daripada Majalah Niaga.

Perbezaan ketara antara usahawan jalanan dengan usahawan ‘buku’ terlihat daripada sifat kental mereka., mempunyai sikap ‘risk taker’, sering tidak takut mencuba pelbagai strategi perniagaan dan juga pada pendapat aku sanggup melaburkan masa, duit tenaga untuk mendapatkan ilmu daripada mentor atau sifu yang telah berjaya di dalam bidang perniagaan. Contohnya, Abdul Basit, Junaidy, dan ramai lagi tidak segan silu menuntut ilmu daripada usahawan-usahawan yang telah terbukti berjaya dalam bidang perniagaan masing-masing.Menjadikan setiap daripada mereka sebagai inspirasi dan mentor serta tidak lokek melabur sejumlah wang untuk menghadiri seminar atau bengkel atau perkongsian pengalaman anjuran usahawan-usahawan tersebut. Usahawan jalanan yakin, banyak bengkel, kursus, seminar mahupun pusat latihan yang ditawarkan kepada mereka yang berazam menjadikan perniagaan sebagai mata pencarian utama.
Usahawan ‘buku’  kreativiti dan inovatif dalam perniagaan mereka terhalang akibat taat kepada buku-text teks daripada institusi pengajian tinggi.

Walaupun belum lagi terdapat sebarang statistik rasmi sehingga artikel ini ditulis, yang dikeluarkan oleh mana-mana badan profesional yang mengkaji tentang kebenaran teori usahawan jalanan lebih berjaya daripada usahawan kelahiran universiti, banyak bukti kejayaan yang membenarkan teori ini. Kebanyakan individu-individu yang ternama seluruh dunia yang berjaya di dalam lapangan perniagaan masing-masing hampir kebanyakann mereka berjaya setelah gagal meneruskan pengajian, gagal mendapatkan gred terbaik atau gagal mendapat tempat di institusi pengajian tinggi. Namun, mereka dalam golongan yang bermotivasi tinggi. Menukar kegagalan kepada inspirasi untuk menjadi lebih baik daripada individu-individu yang ‘menolak’ dan ‘memperlekehkan’ mereka sebelum ini. Mereka memilih untuk mengeksplorasi dan mengeksploitasi skil dan kelebihan yang ada pada diri mereka, lantas melakukan transformasi sehingga berjaya menjadi sebagaimana mereka pada hari ini.



No comments:

Post a Comment