Sekiranya seseorang pelajar itu
mengambil jurusan kewangan , pasti pelajar tersebut ‘dihidangkan’ oleh
pensyarahnya dengan sehimpunan senarai pekerjaan kolar putih seperti pegawai bank, penganalisis dan sebagainya. Realitinyaya, seakan sebuah cerita dongeng sahaja untuk mendapatkan pekerjaan yang
sesuai dengan kelulusan di Malaysia. Perubahan corak permintaan telah berubah seiring dengan pasaran kerjaya . Peluang graduan di ambil bekerja seakan-akan sudah sempit dengan hanya bebekalkan segulung
ijazah tanpa sebarang pengalaman bekerja, di ikuti gaya pemikiran dalam
kotak fikiran .
Namun, tidak keterlaluan jika aku katakan ada sebahagian universiti yang terlalu rigid dan berfikiran sempit sehingga sanggup mengambil tindakan tatatertib terhadap pelajar yang berniaga tanpa kebenaran Tindakan ini secara tidak langsung akan menyekat daya kreativiti serta kesungguhan pelajar melakukan pekerjaan warisan nabi—berniaga. Pelajar-pelajar hanya dibenarkan berniaga ketika musim graduasi, majlis-majlis rasmi kolej/universiti, temasya sukan, program keusahawanan yang dianjurkan beberapa hari sahaja dan sebagainya.
Definisi usahawan jalanan menurut
‘kamus’ Majalah Niaga ialah individu yang terlibat dengan perniagaan
tanpa pendidikan formal tentang bisnes daripada institusi-institusi
pengajian.
Sementara usahawan ‘buku’ pula bukanlah
bermaksud penerbit, pencetak mahupun pembekal buku, sebaliknya bermaksud
usahawan yang berniaga dengan menjadikan buku teks perniagaan daripada
institusi pengajian sebagai ‘sifu’. - Petikan daripada Majalah Niaga.
Perbezaan ketara antara usahawan jalanan
dengan usahawan ‘buku’ terlihat daripada sifat kental mereka., mempunyai sikap ‘risk taker’, sering tidak takut mencuba
pelbagai strategi perniagaan dan juga pada pendapat aku sanggup melaburkan masa, duit tenaga untuk mendapatkan ilmu daripada mentor atau sifu yang telah berjaya di dalam bidang perniagaan. Contohnya, Abdul Basit, Junaidy, dan ramai lagi tidak segan silu menuntut ilmu
daripada usahawan-usahawan yang telah terbukti berjaya dalam bidang
perniagaan masing-masing.Menjadikan setiap daripada mereka
sebagai inspirasi dan mentor serta tidak lokek melabur sejumlah wang
untuk menghadiri seminar atau bengkel atau perkongsian pengalaman
anjuran usahawan-usahawan tersebut. Usahawan jalanan yakin, banyak bengkel,
kursus, seminar mahupun pusat latihan yang ditawarkan kepada mereka yang
berazam menjadikan perniagaan sebagai mata pencarian utama.
Usahawan ‘buku’ kreativiti dan inovatif dalam perniagaan mereka terhalang akibat taat kepada buku-text teks daripada institusi pengajian tinggi.
Usahawan ‘buku’ kreativiti dan inovatif dalam perniagaan mereka terhalang akibat taat kepada buku-text teks daripada institusi pengajian tinggi.
Walaupun belum lagi terdapat sebarang statistik rasmi sehingga artikel ini ditulis, yang dikeluarkan oleh mana-mana
badan profesional yang mengkaji tentang kebenaran teori usahawan jalanan
lebih berjaya daripada usahawan kelahiran universiti, banyak bukti
kejayaan yang membenarkan teori ini. Kebanyakan individu-individu yang ternama seluruh dunia yang berjaya di dalam lapangan perniagaan masing-masing hampir kebanyakann mereka berjaya setelah gagal meneruskan pengajian, gagal
mendapatkan gred terbaik atau gagal mendapat tempat di institusi
pengajian tinggi. Namun, mereka dalam golongan yang bermotivasi tinggi.
Menukar kegagalan kepada inspirasi untuk menjadi lebih baik daripada
individu-individu yang ‘menolak’ dan ‘memperlekehkan’ mereka sebelum
ini. Mereka memilih untuk mengeksplorasi dan
mengeksploitasi skil dan kelebihan yang ada pada diri mereka, lantas
melakukan transformasi sehingga berjaya menjadi sebagaimana mereka pada
hari ini.